Background Template

Wednesday, 6 April 2016

Kursus Kepimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah (KESUMA)

  
  Pada 28 Mac 2016, kolej telah menjalankan Kursus Kepimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah (KESUMA) peringkat sekolah di Dewan Budiman dari jam 5 petang sehingga 6:30 petang. KESUMA peringkat kolej telah melibatkan 100 pelajar kolej dan 10 orang fasilitator yang juga terdiri daripada ahli jawatankuasa rumah. Para peserta dibahagikan kepada 4 rumah iaitu Rumah Mahathir, Rumah Rahman, Rumah Hussein dan juga Rumah Razak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Slot Rumahku, Team-building, dan pertandingan lagu sorak.