Pada 6 Mac 2016, kolej telah mengadakan Hari Terbuka Asrama yang dijalankan di ruang tamu rumah masing-masing. Program ini bertujuan untuk menambah nilai asrama untuk Anugerah Asrama Terbilang (AAT) melalui bantuan para ibubapa. Kolej telah meletak target Anugerah Platinum di mana kolej perlu mendapat markah 95% ke atas dan demi mencapai target ini, kerjasama para pelajar, guru-guru serta ibu bapa amat diperlukan.
Berikut merupakan tentatif program Hari Rumah Terbuka.
9.00 - 10.30 PAGI
- Kata - Kata aluan dari Ketua Guru Rumah dan taklimat perjumpaan
- Perlantikan Jawatankuasa Rumah
* Pengerusi
* Naib Pengerusi
* Setiausaha
* Bendahari
* AJK
- KEBERSIHAN - 2 ORANG
- TEKNIKAL - Pembaikan dan Kerosakan rumah - 3 ORANG
- KECERIAAN - 3 ORANG
- KEWANGAN - 3 ORANG
- Majlis tamat
10.30 - 11.30 PAGI
- Semua Ibu Bapa perlu meninggalkan dorm dan block asrama.
- Lawatan, pemeriksaan dan penambahbaikan bagi kerosakan setiap rumah ( JIKA ADA )
- Para ibu bapa boleh mengetahui apa yang perlu dibawa pada, apa yang perlu dibaiki dengan
menghubungi Ketua Guru Rumah masing-masing.
11.30 - 12.00
- sessi jualan
12.30
- Kawasan jualan telah dikemaskan dan dibersihkan dan selepas waktu ini, para ibu bapa boleh membawa anak- anak ke kantin dan tempat -tempat lain yang di benarkan.
Pihak sekolah amat mengharapkan agar majlis berjalan dengan lancar dan berharap agar sumbangan para ibubapa akan memberi kebaikan kepada para pelajar serta asrama akan berjaya menjulang AAT pada tahun ini, InsyaAllah.