Pada 3 Mac 2016, majlis penyerahan keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah dijalankan di Dewan Budiman. Tahniah diucapkan kepada Invictus 1115 kerana berjaya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM 2015. Seramai 40 calon yang berjaya mendapat kesemua A dan Hazirah Ramli telah berjaya mendapat 9A+. Tahniah diucapkan!