Monday, 1 May 2017
Tuesday, 19 April 2016
Penilaian AAT dan ASRT 2016
Pada 8 April yang lalu, Kolej Tunku Kurshiah telah dilawati bagi pertandingan tahunan Anugerah Asrama Terbilang (AAT) dan Anugerah Sistem Rumah Terbilang (ASRT) buat Fasa Kedua. Kolej telah dinilai dari jam 8:30 pagi sehingga 1:00 tengahari. Alhamdulillah, kolej berjaya memasuki Fasa Ketiga dan penilaian terakhir akan dijalankan bermula 16 April sehingga 3 Mei. Tahniah!
Wednesday, 6 April 2016
Kursus Kepimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah (KESUMA)
Pada 28 Mac 2016, kolej telah menjalankan Kursus Kepimpinan Ketua Rumah dan Penolong Ketua Rumah (KESUMA) peringkat sekolah di Dewan Budiman dari jam 5 petang sehingga 6:30 petang. KESUMA peringkat kolej telah melibatkan 100 pelajar kolej dan 10 orang fasilitator yang juga terdiri daripada ahli jawatankuasa rumah. Para peserta dibahagikan kepada 4 rumah iaitu Rumah Mahathir, Rumah Rahman, Rumah Hussein dan juga Rumah Razak. Antara aktiviti yang dijalankan ialah Slot Rumahku, Team-building, dan pertandingan lagu sorak.
Merentas Desa
Sukan merentas desa ataupun "cross-country" Kolej Tunku Kurshiah telah diadakan pada 11 Mac yang lalu. Larian 5 km tersebut telah dijalankan pada jam 8.30 pagi dan berakhir pada jam 10 pagi.
Larian tersebut dimulakan dengan menengah rendah dan diikuti menengah atas. Hampir kesemua pelajar kolej berjaya menamatkan larian dengan penuh semangat kesukanan.
Hari Terbuka Asrama
Pada 6 Mac 2016, kolej telah mengadakan Hari Terbuka Asrama yang dijalankan di ruang tamu rumah masing-masing. Program ini bertujuan untuk menambah nilai asrama untuk Anugerah Asrama Terbilang (AAT) melalui bantuan para ibubapa. Kolej telah meletak target Anugerah Platinum di mana kolej perlu mendapat markah 95% ke atas dan demi mencapai target ini, kerjasama para pelajar, guru-guru serta ibu bapa amat diperlukan.
Berikut merupakan tentatif program Hari Rumah Terbuka.
9.00 - 10.30 PAGI
- Kata - Kata aluan dari Ketua Guru Rumah dan taklimat perjumpaan
- Perlantikan Jawatankuasa Rumah
* Pengerusi
* Naib Pengerusi
* Setiausaha
* Bendahari
* AJK
- KEBERSIHAN - 2 ORANG
- TEKNIKAL - Pembaikan dan Kerosakan rumah - 3 ORANG
- KECERIAAN - 3 ORANG
- KEWANGAN - 3 ORANG
- Majlis tamat
10.30 - 11.30 PAGI
- Semua Ibu Bapa perlu meninggalkan dorm dan block asrama.
- Lawatan, pemeriksaan dan penambahbaikan bagi kerosakan setiap rumah ( JIKA ADA )
- Para ibu bapa boleh mengetahui apa yang perlu dibawa pada, apa yang perlu dibaiki dengan
menghubungi Ketua Guru Rumah masing-masing.
11.30 - 12.00
- sessi jualan
12.30
- Kawasan jualan telah dikemaskan dan dibersihkan dan selepas waktu ini, para ibu bapa boleh membawa anak- anak ke kantin dan tempat -tempat lain yang di benarkan.
Pihak sekolah amat mengharapkan agar majlis berjalan dengan lancar dan berharap agar sumbangan para ibubapa akan memberi kebaikan kepada para pelajar serta asrama akan berjaya menjulang AAT pada tahun ini, InsyaAllah.
Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2015
Majlis Tilawah Al-Quran
Pada 26 Februari 2016, kolej telah menjalankan Majlis Tilawah Al-Quran yang diadakan di tiga buah tempat iaitu Surau An-Nur, bilik solat dan dewan makan. Antara program yang dijalankan ialah Nasyid, Tilawah Al-Quran, Hafazan dan penulisan Khat. Alhamdulillah, rumah Siti Zawiah berjaya menjadi johan keseluruhan dengan memenangi tempat pertama bagi Nasyid, Tilawah Al-Quran dan Hafazan serta tempat kedua bagi penulisan Khat.
Subscribe to:
Posts (Atom)